Kami dengan berbesar hati ingin membuka peluang kepada orang ramai serta mana-mana badan kerajaan, pertubuhan, syarikat, dan lain-lain untuk memberi sumbangan kepada kerja-kerja menyiapkan kajian ini. Kami juga bersedia untuk menjalinkan joint-venture dengan mana-mana pihak kedua dalam menjalankan kajian "Petunjuk dan panduan dari Al-Qur'an dan Sunnah untuk kehamilan dan proses bersalin" (Qur'anic and Sunnah Techniques for Labor and Birth).
Bentuk-bentuk sumbangan adalah seperti berikut:
- wang
- bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian seperti :
- buku-buku resipi sajian sihat, sunnah, dan tempatan,
- kajian atas isu-isu makanan (GMO, MSG, HRCS, pesticides, etc)
- pemakanan sunnah,
- sifat solat nabi, dan lain-lain.
- ilmu melalui pertemuan, perbincangan, pembentangan, dan lain-lain. Bidang/tajuk:
- ulum al-qur'an,
- tafsiran saintifik al-qur'an,
- peranan air dalam ibadah dan agama,
- makhraj huruf, dan lain-lain
- tempat berkumpul (untuk ahli kumpulan berjumpa dan bermesyuarat),
- dan lain-lain.
Hubungi Kami (Contact)
Untuk pertanyaan mengenai sumbangan dan lain-lain sila emailkan kepada: mahabatullah@hotmail.com.
Sila isikan ruangan subject dengan perkataan "Qur'anic Childbirth", terima kasih.
Kerjasama (Join the team)
Malahan kami juga sangat berbesar hati jika anda berminat untuk turut bersama kumpulan kami. Berikut di lampirkan sub-tajuk kajian ke atas tajuk "Petunjuk dan panduan dari Al-Qur'an dan Sunnah untuk kehamilan dan proses bersalin":
- Bab 1: Aqidah yang Benar sebagai Asas Natural Birth
- Bab 2: Pemakanan Halal dan Thoyyib & Kesihatan Ibu Mengandung
- Bab 3: Pergerakan & Penghayatan Solat sebagai Teknik Rehat & Rawat Ibu Hamil & Bersalin
- Bab 4: Tilawah Al-Qur'an sebagai Teknik Pernafasan, Pernyataan Positif dan Kuasa Minda
- Bab 5: Zikir, Do'a dan Azan sebagai Teknik Rehat & Rawat dan Pernyataan Positif
- Bab 6: Mencontohi Perbuatan Maryam ketika Proses Bersalin
- Bab 7: Pelbagai Teknik Lain
Tempoh Kajian
Di-anggarkan bahawa proses mengumpul, meng-analisa dan memproses maklumat akan mengambil masa antara minimum satu (1) ke maksimum tiga (3) tahun.
Pertanyaan (Inquiries)
Sila email pertanyaan anda ke : mahabatullah@hotmail.com dan isikan ruangan subject dengan perkataan "Qur'anic Childbirth". Terima Kasih.