Soalan Lazim: KENAPA perlu pergi Kelas Persediaan Bersalin?

Assalamua'laikum,

Soalan-soalan yang di jawab dalam entri ini ialah:

  1. Kenapa perlu pergi ke Kelas Persediaan Bersalin?
  2.  Adakah Kelas Persediaan Bersalin AMANI Birth sama seperti Kelas Antenatal di Hospital Kerajaan atau Kelas Antenatal kelolaan Hospital Swasta?
  3.  APA yang saya akan belajar di kelas ini?
  4.  BERAPA lama kah tempoh kelas ini?


  1. Kenapa perlu pergi ke Kelas Persediaan Bersalin?
Untuk pasangan suami isteri:
  • Kerana kesihatan anda adalah tanggungjawab anda (penjagaan kesihatan diri sendiri adalah fardu ain). Jangan melulu salahkan pihak hospital apabila kejahilan anda mengenai prosedur medikal menyebabkan kesan buruk ke atas diri anda (atau anak anda).
  • Kerana perbezaan antara ada ilmu dan tiada ilmu adalah seperti perbezaan orang celik dan orang buta (Surah Ar-ra'du [13]: ayat 16)
  • Kerana ia akan menyebabkan penjimatan wang, tenaga, masa dan malah "perasaan" (lebih sedap rasa tenang, sabar dan syukur dari rasa gelisah dan terseksa) ketika proses sebelum dan selepas bersalin.
  • Boleh juga rujuk pada jawapan kepada soalan no 3 (Apa yang saya akan belajar di kelas ini?)
  • Kerana ia adalah pelaburan sekali seumur hidup


Untuk suami:
  • Kerana anda akan mendapat ilmu yang menjadikan anda MACHO dan seperti HERO kepada isteri sewaktu dia amat perlukan sokongan anda (ketika bersalin)
  •  Kerana isteri akan bertambah sayang dan cinta kepada anda
  •  Kerana anda mahu jimat wang
  • Kerana ia adalah pelaburan sekali seumur hidup
  • Kerana anda mahu isteri dan anak yang sihat fizikal dan emosi
  • Kerana anda mahu mengelakkan isteri anda dari menolak jimak/hubungan intim selepas habis pantang (akibat pengalaman bersalin yang menakutkan)
  • Kerana anda mahu membantu isteri anda mengelakkan trauma bersalin (birth trauma/birth rape), post natal depression (meroyan)
  • Kerana "gajet-gajet" yang paling canggih sudah saban kali berjaya menyihatkan badan serta "menyelamatkan" nyawa (dengan izin Allah) ialah doa, hubungan kasih sayang, sentuhan, dan komunikasi berkesan
  • Kerana anda perlu menjawab kepada Allah atas tanggungan anda (anak dan isteri)
  • Kerana pernikahan anda adalah Mitsaqan Ghaliza (perjanjian yang berat: Surah An-Nisa [4] ayat 21) dan bersalin adalah saat paling mencabar bagi isteri anda


Untuk isteri:
  • Kerana berasa tenang dan yakin akan MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN yang tersedia sudah di mudahkan oleh Allah! 
  • Kerana anda mahu belajar bagaimana merasakan keseluruhan proses bersalin sebagai suatu saat yang indah, membina taqwa dan sangat manis
  • Kerana walaupun setelah bersalin secara pembedahan, badan anda masih mampu melahirkan secara vaginal dan tabi'ie (natural)
  • Kerana kesan dari penjagaan kesihatan ketika hamil dan bersalin akan menjaga kesihatan jangka masa panjang dan pendek anda
  • Kerana anda mahu permulaan paling optimal untuk penyusuan susu ibu
  • Kerana kesihatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri (penjagaan kesihatan diri sendiri adalah fardu ain). Jangan melulu salahkan pihak hospital apabila kejahilan anda mengenai prosedur medikal menyebabkan kesan buruk ke atas diri anda (atau anak anda). 
  • Kerana kelas persediaan bersalin BERBEZA dari kelas antenatal hospital kerajaan mahupun hospital swasta (lihat soalan no 2)


 2. Adakah Kelas Persediaan Bersalin AMANI Birth sama seperti Kelas Antenatal di Hospital Kerajaan atau Kelas Antenatal kelolaan Hospital Swasta?
  • Sama sekali TIDAK sama.
  • Antara perbezaan UTAMA menghadiri Kelas AMANI Birth ialah
    1.  Ibu dan pasangannya akan LEBIH BERKEYAKINAN untuk menghadapi saat bersalin kerana telah berusaha dari aspek pemakanan/kesihatan, fizikal dan emosi malahan spiritual (ruhiy/kejiwaan)
    2. Ibu dan pasangannya telah LEBIH TENANG menghadapi saat bersalin kerana telah mempelajari kaedah-kaedah tabi'ie (natural) untuk mengendali proses bersalin
    3. Ibu dan pasangannya LEBIH BERILMU untuk membuat pilihan melibatkan prosedur medikal. Agar ibu dan anak melalui proses bersalin dengan kesihatan dan keselamatan fizikal dan emosi yang memuaskan mereka berdua.
3. APA yang saya akan belajar di kelas ini?
Tajuk-tajuk yang akan di pelajari di asingkan di bawah setiap huruf 'AMANI' seperti berikut:



Tajuk-tajuk di bawah “Assisting”
1.       Mother’s Needs in Pregnancy (Keperluan Ibu ketika Hamil)
2.       Mother’s Needs in Labor and Birth (Keperluan Ibu ketika Bersalin)
3.       Birth Team Roles (Peranan Tim Pendokong ketika bersalin)
4.       Making the Birth Plan (Merangka Dokumen Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah “Mothers”
1.       Physiology of Pregnancy (Fisioloji Kehamilan)
2.       Stages of Labor (Tahapan Bersalin)
3.       Overview of Labor and Birth (Pengenalan Am Bersalin)
4.       After Birth Care (Penjagaan selepas Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah “Active”
1.       Pregnancy Exercise (Latihan Fizikal ketika Hamil)
2.       Pregnancy Nutrition (Pemakanan Sihat Ketika Hamil)
3.       Birthing Positions (Posisi Ketika Bersalin)
4.       Labor Practice (Latihan Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah“Natural”
1.       The Purpose of Labor (Hikmah Bersalin)
2.       Working with your body (Meraikan Fisioloji Badan ketika bersalin)
3.       Complications (Masalah-masalah ketika bersalin)
4.       Minimizing Medical interference (Mengurangkan Prosedur Medikal)
Tajuk-tajuk di bawah “Instinctive”
1.       The Role of Hormones (Peranan Rembesan Hormon)
2.       Protecting your birth environment (Melindungi Suasana Bersalin)
3.       Intuition (Naluri)
Breastfeeding and Baby care (Penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi)



64. BERAPA lama kah tempoh kelas ini? 
  •  Ini bergantung kepada tenaga pengajar
  • walaubagaimanapun, tempoh kebiasaan nya ialah 5 minggu dengan tempoh 2-3 jam setiap kelas (5 kelas selama 5 minggu. contact hours ialah 10-15 jam)
  • Tempoh kelas boleh di sesuaikan dengan anda, sila bertanya pada Pengajar.
  • Maksima ialah 10 minggu.