Entri ini menjawab soalan-soalan berikut:
1. Kelas ini untuk SIAPA?
2. Kelas ini sesuai di hadiri BILA?
3. Kelas ini di adakan di MANA?
4. BERAPA bayaran yuran kelas ini?
5. APA yang saya akan belajar di kelas ini?
6. BERAPA lama kah tempoh kelas ini?
7. Adakah terdapat PERBEZAAN di antara pengajar?
8. BILA kelas ini di adakan?
9. Lain-lain soalan
*****
1. Kelas ini untuk SIAPA?
- Untuk isteri dan suami (berpasangan)*
- Untuk ibu-ibu yang 'takut' bersalin
- Untuk ibu-ibu yang mahu bersalin di hospital kerajaan, hospital swasta, mahupun di tempat-tempat lain
- Untuk pasangan muda yang menyambut kelahiran anak pertama
- Untuk pasangan yang menyambut kelahiran anak seterusnya dan ingin belajar
- Untuk ANDA yang mahu menimba ilmu mengenai bersalin dengan yakin dan tenang dan penuh ketaqwaan :)
- Untuk suami agar dapat membantu isteri sewaktu hamil, melahirkan dan selepas bersalin
- Dan lain-lain
- *Anda di nasihatkan tidak membawa anak-anak agar dapat memberi tumpuan ketika belajar
- Paling sesuai: Trimester Pertama (Tiga bulan pertama kehamilan)
- Trimester Kedua (Tiga bulan kedua kehamilan)
- Masih boleh: Trimester Ketiga (empat bulan terakhir kehamilan).
- Tiada masa yang terlalu suntuk. Jika anda sudah berada di minggu-minggu akhir (minggu 36-40), sila bertanya pada Pengajar jika ada yang sudi mengajar kelas intensive.
3. Kelas ini di adakan di MANA?
- Lokasi bergantung pada Pengajar. Sila semak Senarai pengajar dan hubungi yang terdekat dengan lokasi anda. (link: http://tenangmelahirkan.blogspot.com/p/find-class.html atau https://www.facebook.com/AMANIMalaysia)
- Yuran juga bergantung pada Pengajar. Setakat Januari 2013, yuran adalah di antara Rm500-Rm550.
Tajuk-tajuk yang akan di pelajari di asingkan di bawah setiap huruf 'AMANI' seperti berikut:
-
Tajuk-tajuk di bawah “Assisting”1. Mother’s Needs in Pregnancy (Keperluan Ibu ketika Hamil)2. Mother’s Needs in Labor and Birth (Keperluan Ibu ketika Bersalin)3. Birth Team Roles (Peranan Tim Pendokong ketika bersalin)4. Making the Birth Plan (Merangka Dokumen Bersalin)Tajuk-tajuk di bawah “Mothers”1. Physiology of Pregnancy (Fisioloji Kehamilan)2. Stages of Labor (Tahapan Bersalin)3. Overview of Labor and Birth (Pengenalan Am Bersalin)4. After Birth Care (Penjagaan selepas Bersalin)Tajuk-tajuk di bawah “Active”1. Pregnancy Exercise (Latihan Fizikal ketika Hamil)2. Pregnancy Nutrition (Pemakanan Sihat Ketika Hamil)3. Birthing Positions (Posisi Ketika Bersalin)4. Labor Practice (Latihan Bersalin)Tajuk-tajuk di bawah“Natural”1. The Purpose of Labor (Hikmah Bersalin)2. Working with your body (Meraikan Fisioloji Badan ketika bersalin)3. Complications (Masalah-masalah ketika bersalin)4. Minimizing Medical interference (Mengurangkan Prosedur Medikal)Tajuk-tajuk di bawah “Instinctive”1. The Role of Hormones (Peranan Rembesan Hormon)2. Protecting your birth environment (Melindungi Suasana Bersalin)3. Intuition (Naluri)4. Breastfeeding and Baby care (Penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi)6. BERAPA lama kah tempoh kelas ini?
- Ini bergantung kepada tenaga pengajar
- walaubagaimanapun, tempoh kebiasaan nya ialah 5 minggu dengan tempoh 2-3 jam setiap kelas (5 kelas selama 5 minggu. contact hours ialah 10-15 jam)
- Tempoh kelas boleh di sesuaikan dengan anda, sila bertanya pada Pengajar.
- Maksima ialah 10 minggu.
- Mungkin. Setiap orang pengajar akan menambahkan kreativiti mereka sendiri pada cara mereka mengajar dan mungkin juga tambahan pada bahan. Oleh itu, sebelum anda mendaftar untuk kelas, adalah di galakkan anda menghubungi mereka secara personal dan bertanya pada mereka dahulu mengenai kelas mereka.
8. BILA kelas ini di adakan?
- Sila semak jadual individu pengajar (melalui post iklan) di link: http://www.facebook.com/pages/AMANI-Malaysia-Childbirth-Educator-Doula/384742378274932
- Anda juga boleh bertanya terus pada mana-mana Pengajar mengenai kelas /jadual terdekat (menurut jadual individu)
- Kelas adalah menurut jadual individu pengajar. Ini bermaksud mereka mungkin mengadakan pada hujung minggu atau hari minggu menurut kesesuaian mereka
9. Lain-lain soalan:
- boleh di ajukan terus di Facebook Page AMANI Childbirth Educator & Doula Malaysia di link: http://www.facebook.com/pages/AMANI-Malaysia-Childbirth-Educator-Doula/384742378274932