Soalan Lazim: Perbezaan antara Kelas Antenatal dan Kelas Persediaan Bersalin AMANI Birth

Assalamua'laikum,
Soalan-soalan yang di jawab di dalam entri ini ialah:

  1.  Adakah Kelas Persediaan Bersalin AMANI Birth sama seperti Kelas Antenatal di Hospital Kerajaan atau Kelas Antenatal kelolaan Hospital Swasta?
  2.  APA yang saya akan belajar di kelas ini? 
  3.  BERAPA lama kah tempoh kelas ini?


  1. Adakah Kelas Persediaan Bersalin AMANI Birth sama seperti Kelas Antenatal di Hospital Kerajaan atau Kelas Antenatal kelolaan Hospital Swasta?

  • Sama sekali TIDAK sama.
  • Antara perbezaan UTAMA menghadiri Kelas AMANI Birth ialah
    1.  Ibu dan pasangannya akan LEBIH BERKEYAKINAN untuk menghadapi saat bersalin kerana telah berusaha dari aspek pemakanan/kesihatan, fizikal dan emosi malahan spiritual (ruhiy/kejiwaan)
    2. Ibu dan pasangannya telah LEBIH TENANG menghadapi saat bersalin kerana telah mempelajari kaedah-kaedah tabi'ie (natural) untuk mengendali proses bersalin
    3. Ibu dan pasangannya LEBIH BERILMU untuk membuat pilihan melibatkan prosedur medikal. Agar ibu dan anak melalui proses bersalin dengan kesihatan dan keselamatan fizikal dan emosi yang memuaskan mereka berdua.
2. APA yang saya akan belajar di kelas ini?
Tajuk-tajuk yang akan di pelajari di asingkan di bawah setiap huruf 'AMANI' seperti berikut:


Tajuk-tajuk di bawah “Assisting”
1.       Mother’s Needs in Pregnancy (Keperluan Ibu ketika Hamil)
2.       Mother’s Needs in Labor and Birth (Keperluan Ibu ketika Bersalin)
3.       Birth Team Roles (Peranan Tim Pendokong ketika bersalin)
4.       Making the Birth Plan (Merangka Dokumen Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah “Mothers”
1.       Physiology of Pregnancy (Fisioloji Kehamilan)
2.       Stages of Labor (Tahapan Bersalin)
3.       Overview of Labor and Birth (Pengenalan Am Bersalin)
4.       After Birth Care (Penjagaan selepas Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah “Active”
1.       Pregnancy Exercise (Latihan Fizikal ketika Hamil)
2.       Pregnancy Nutrition (Pemakanan Sihat Ketika Hamil)
3.       Birthing Positions (Posisi Ketika Bersalin)
4.       Labor Practice (Latihan Bersalin)
Tajuk-tajuk di bawah“Natural”
1.       The Purpose of Labor (Hikmah Bersalin)
2.       Working with your body (Meraikan Fisioloji Badan ketika bersalin)
3.       Complications (Masalah-masalah ketika bersalin)
4.       Minimizing Medical interference (Mengurangkan Prosedur Medikal)
Tajuk-tajuk di bawah “Instinctive”
1.       The Role of Hormones (Peranan Rembesan Hormon)
2.       Protecting your birth environment (Melindungi Suasana Bersalin)
3.       Intuition (Naluri)
Breastfeeding and Baby care (Penyusuan susu ibu dan penjagaan bayi)



3. BERAPA lama kah tempoh kelas ini? 
  •  Ini bergantung kepada tenaga pengajar
  • walaubagaimanapun, tempoh kebiasaan nya ialah 5 minggu dengan tempoh 2-3 jam setiap kelas (5 kelas selama 5 minggu. contact hours ialah 10-15 jam)
  • Tempoh kelas boleh di sesuaikan dengan anda, sila bertanya pada Pengajar.
  • Maksima ialah 10 minggu.